Wednesday, August 5, 2020

Books Download Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya Online Free

Be Specific About Appertaining To Books Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya

Title:Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya
Author:Hilal Asyraf
Book Format:Paperback
Book Edition:Special Edition
Pages:Pages: 260 pages
Published:2010 by Galeri Ilmu
Categories:Religion. Self Help. Islam
Books Download Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya  Online Free
Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya Paperback | Pages: 260 pages
Rating: 4.29 | 161 Users | 10 Reviews

Description Supposing Books Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya

Bagus sekiranya dijadikan bahan tazkirah - ringkas tetapi boleh dikatakan cukup untuk menjentik fikiran pembaca. Buku ini tidak bermaksud memberi segala-galanya tetapi merupakan satu permulaan ke arah perjalanan hidup pembaca sendiri. Menggalakkan pembaca mencari lebih lagi informasi dan ilmu bermula dengan idea yang ditonjolkan dalam buku ini. Sesuai dengan tajuknya, 'KEMBARA Hamba Mencari Cahaya'. Juga sesuai dengan gaya penulis yang seakan berdialog dengan pembaca, serta menggunakan kata-kata pujukan, ajakan dan teguran seperti sedang berbicara dua mata. Ini aspek yang saya suka dengan Hilal.

Juga, saya suka sekiranya Hilal boleh tambahkan lebih lagi perkongsian pengalaman dan bicara-bicara hikmah yang dikutipnya sepanjang persekolahan atau pembelajarannya di universiti. Tentu artikelnya bakal memberi gambaran dan konteks yang lebih mudah difahami. Kalau diselitkan lebih banyak analogi pun tidak kurang bagusnya. Dalam buku ini elemen-elemen tersebut ada cuma saya mahukan lebih lagi.

Saya fikir buku ini boleh diperbaiki sekiranya semua hadis diletakkan perawinya (ada yang diletakkan, ada yang tidak) dan kalau boleh dapat dijelaskan sedikit sesetengah tokoh yang disebutkan (pembaca mungkin tak tahu, siapa mereka terutama nama2 yang jarang didengari). Kemudian, susunan artikel masih boleh diperbaiki. Contohnya bahagian cinta, dalam artikel-artikel tersebut ada beberapa yang hampir sama isinya, jadi mungkin boleh disatukan dalam satu artikel sahaja. Meskipun begitu mungkin pecahan-pecahan ini ada fokusnya yang tertentu, memandangkan artikel-artikel ini berasal dari blog penulis. Tidaklah terlalu memberi kesan tetapi jika diperbaiki mungkin dapat mempertingkatkan kualiti isi. Penggunaan perkataan juga harus lebih teliti contohnya 'merengkuh' digunakan untuk memberi maksud menolak atau menepis tetapi maksud sebenar rengkuh ialah menarik untuk mendekat (bukan menolak untuk menjauh). Juga ayat al-Quran ada yang typo dari segi surah dan ayat yang berbeza.

Apapun, keseluruhannya, masih cukup baik, terutamanya buat antara buku terawal yang ditulis oleh Hilal.

Selamat membaca :)

Identify Books As Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya

Original Title: Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya ISBN13 9789830972435
Edition Language: Malay

Rating Appertaining To Books Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya
Ratings: 4.29 From 161 Users | 10 Reviews

Evaluate Appertaining To Books Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya
baru m/s 10...yang lepas menrungkai persoalan hubungan kita dengan Allah. Yang ini lebih luas iaitu menyedari penyuluh yang mampu memberi cahaya dalam kehidupan kita. Jom smabung m/s 11 dan seterusnya..alhamdulillah berkesmptn habskn..

Assalamualaikum.Setelah selesai membaca VT karya Hilal Asyraf saya terus memburu Buku motivasinya yang sudah lama dalam senarai 'to-read' saya dan Alhamdulillah akhirnya saya berjay menghabiskan buku ini.Penjelasan daripada setiap bab dalam buku ini sememangnya jelas dan 'direct' dengan berfaktakn rujukan Al-Quran dan Al-Hadith.Ini menjadi 'favourite' saya dalam membaca buku-buku motivasi daripada pelbagai penulis.Ada sesetengah bab yang buat saya 'pap' tersentap,betul-betul berkaitan dengan

Siri motivasi bertunjangkan kisah peribadi dan disokong oleh ayat-ayat al-Quran dan hadith.

belum sempat baca lagi.. soon, insyaAllah

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan garaduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan

sambungn langit Illahi....lom bce ag.....troskn prjuangn....

motivasi hati yang membina jati diri

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.