Saturday, August 1, 2020

Books Seseorang Untuk Aku Free Download

Itemize Epithetical Books Seseorang Untuk Aku

Title:Seseorang Untuk Aku
Author:Rehan Makhtar
Book Format:Paperback
Book Edition:Deluxe Edition
Pages:Pages: 620 pages
Published:May 2015 by Karya Seni
Categories:Romance
Books Seseorang Untuk Aku  Free Download
Seseorang Untuk Aku Paperback | Pages: 620 pages
Rating: 4.32 | 452 Users | 87 Reviews

Explanation During Books Seseorang Untuk Aku

Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr

Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul

“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr

“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr

Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?

Present Books To Seseorang Untuk Aku

Edition Language: Malay


Rating Epithetical Books Seseorang Untuk Aku
Ratings: 4.32 From 452 Users | 87 Reviews

Assess Epithetical Books Seseorang Untuk Aku
berderai derai air mata mengalir . naskhah ini really2 indeed .begitu tabahnya Lailatul .begitu matangnya Qadr .highly recommended .syabas rehan makhtar .

24-05-20151. Jujurnya saya teruja bila kisah ini akhirnya dibukukan. Dah lama tunggu penulis sambung kisah Laila dan Qadr ni, rupanya dah tertulis rezeki nak baca kisah ni dalam bentuk bercetak. :)2. Watak Laila yang digambarkan memang sangat kesian. Bersusah payah dari zaman remaja hanya kerana amanah arwah ayahnya yang mahu Laila menjaga dan mendidik seorang adik dengan sebaiknya. Sanggup korbankan keseronokan hidup zaman remaja semata untuk kesenangan sang adik di kemudian hari. Hinggakan

Semua orang cakap best. Tapi bila Aku baca, biasa2 je. Tak tahu kenapa. Tiga Kali dok try baca dari mula sampai abis tapi, hmmmm.

GILER GILER GILER BESTOHSEM BANGATPERGGHHHHHHDELICIOUSKesimpulannyer, SPEECHLESS!!! sampai x tau guna ayat apa tuk describe...mmg senantiasa ada jiwa! part yg sedih tue, mmg x perasan, tau2 jer air mata dah mengalir. sebak giler kot.. uwaaaa.. tabahnya hati seorang lailatul hadap perihal org sekeliling...tapi qadr, senantiasa rasa dia mcm a good anchor.. dengan adanya dia saja, hati boleh jadi tenang... aman damai jer... konflik2 mmg semua tahap jiwa rawan seyh but i lioke!!! ngeeee...karya yang

Qadr.... *sighhhhhhhhh*TBC...I had a hard time finishing this book. Not that it is not nice. It's definitely the opposite of that. Towards the end, I dragged my reading coz u know why? I don't want to stop reading about HIM. The Bonetarian gals had a really hard time comprehending my behaviour today. I am seldom in this position. It normally happens like n.e.v.e.r.? I don't know why HE is this special to me? Aiyohhh... must be something wrong wif me kah? Truth be told. I only read THREE of the

Lailatul-Qadr....Kisah yang membuat saya menangis tapi saya suka.Pendek kata memang suka cukup rasa dan sempurna bagi saya dan bila dah suka tu kalau nampak benda tak disukai memang kita abaikan je.Kali ni saya puji usaha penulis membuat kelainan "twist" untuk adengan kahwin paksa-rela.Suka juga bila mana penulis masih kekal dengan "trademark" kebiasaan penulis iaitu menjernih kan semua watak2 gelap dihujung cerita pastinya setiap orang mendapat pengakhiran yg manis.

Ini kot novel terbaik dari RM yang penuh dengan pengisian. Perjalanan hidup Lailatul yang yatim piatu, mangsa keadaan, menantu yang tak dialu-alukan, kakak yang banyak berkorban, isteri yang setia digarap dengan baik. Lai menjadi ayah, ibu dan kakak kepada seorang adik yang tahunya hanya meminta tanpa mengerti penat lelah seorang kakak yang baru berusia 14 tahun menggalas beban. Bila dah dewasa hanya kerana seorang lelaki, cinta membutakan mata si adik sehingga Lai terperangkap dengan lelaki

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.